Raikan Perbezaan

6 Oktober 2016.

Aku suka autoplay di dalam Youtube. Ada masa aku terjumpa lagu-lagu yang menarik dan hebat yang aku tak pernah dengar sebelum ini. Aku bukan anti-pop, malah aku selalu mengambil inspirasi daripada lagu-lagu pop, cuma kadang-kadang telinga sudah muak dengar lagu-lagu yang sama dekat setiap radio dan juga dalam pasar-pasar raya besar. Cuma satu masalah dengan sistem autoplay di Youtube ialah pemilihan video-video adalah terlalu berkaitan dan hampir sama antara satu dengan yang seterusnya. Itu memang sudah dijangka, tapi aku masih mahu sebut. Ia menghasilkan sebuah senarai main yang sejenis, atau bak kata orang kampung, sepesen.

Kita ambil contoh: aku suka dengar sebuah album secara keseluruhan. (Mungkin sebab itu aku tak suka album kompilasi. Sebab bagi aku, kisah di sebalik album tu dah hilang bila aku dengar lagu secara berasingan.) Jadi mungkin hari ini aku akan mula dengar sebuah album Converge. Apa yang akan dimainkan selepas itu adalah daripada seleksi yang hampir serupa dengan Converge, walhal mungkin ketika itu telinga aku sudah bingit dan mahukan sesuatu yang tenang, mungkin sesuatu seperti Múm. Pada hari lain mungkin aku mula dengan Radiohead, album A Moon Shaped Pool (album yang hebat), kemudian lama kelamaan mungkin aku nak dengar Deafhaven atau Swans pula (sebab nak mendera telinga). Aku cadangkan Youtube memberi pilihan kepada para pengguna untuk mengaktifkan sistem autoplay yang mencari muzik serupa, ataupun dengan sengaja menghidangkan muzik yang benar-benar bertentangan dengan apa yang pengguna dengar sebelum itu! Aku rasa mestilah perkara sebegitu boleh dibuat. Data mining Google punyalah hebat kan.

img_4592
Gig sulung anjuran aku dan rakan-rakan. Berkonsepkan ketidakfokusan terhadap genre, meraikan perbezaan. Tapi sudah tentu ada batasnya – tak ada dadah, tak ada arak, tak ada keganasan. Yang ada cuma muzik dan kisah masing-masing yang hendak disampaikan.

Persoalan seterusnya ialah kenapa? Bagi aku ini adalah untuk mengelakkan para pengguna (baca: kita semua) daripada terus mengkhususkan pendengaran kita terhadap satu jenis muzik sahaja dan akhirnya, menjadi seorang yang kolot pemikirannya. “Nu metal is not music! Thrash is music!”  “Pop sucks, listen to indie!” “Keeping it real, hardcore!” “Only stupid uneducated people listen to this noise!” dan banyak lagi, ialah laungan-laungan yang selalu kita dengar keluar daripada mulut-mulut orang yang berfikiran sempit. Tak payah cakap pasal perkara-perkara besar seperti ideologi dan fahaman politik. Pasal seni hiburan pun dah berfikiran sempit! Padahal kita patut meraikan perbezaan pendapat. Dan bagaimanakah cara untuk kita meraikan perbezaan pendapat? Kita haruslah mendedahkan diri kita kepada kepelbagaian pendapat itu sendiri. Dengar dahulu, kemudian wujudkan sifat suka menjustifikasi setiap tindakan kita, yakni pastikan setiap tindakan kita ada sebab yang kukuh. Kalau sudah tak suka, pastikan bersebab. Selepas itu bergembiralah kerana kita semua berbeza. Tak perlu nak jerit-jerit konon genre kau paling hebat.

 

P/S: tahap tak faham Burzum, sama dengan tahap tak faham hip-hop.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s